ALOR GAJAH: Kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pembentukan majlis baharu itu dibuat berikutan industri perfileman dan muzik negara mengalami satu lonjakan baharu pasca pandemik COVID-19.
"Kalau kita tengok macam mana hampir RM100 juta dapat dikutip melalui filem Mat Kilau... sekarang ini ada filem Air Force yang sekarang ini sudah mencapai puluhan juta kutipan. Bermakna kalau ada filem berkualiti, ia satu industri yang boleh berkembang besar.
"Untuk maju ke hadapan, indsutri perfileman ini kita perlukan tenaga-tenaga pakar untuk memberi nasihat kepada kerajaan serta industri, dan kita pilih tujuh hingga 10 orang daripada industri perfileman dan lagi tujuh hingga 10 orang dari industri muzik untuk menganggotai majlis berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Myhtheen Kunju Basheer dan Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum.
Annuar turut mengumumkan Timbalan Speaker DUN Melaka merangkap ADUN Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai pengerusi majlis penasihat berkenaan.
Beliau berkata, industri perfileman dan muzik berpotensi besar untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus menarik lebih banyak tenaga profesional untuk menyertainya.
Sementara itu Annuar berkata Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu diteruskan bukan sahaja di peringkat negeri malah komuniti perlu menganjurkannya agar semangat patriotisme itu dapat dibudayakan Keluarga Malaysia.
"Ini adalah penting bagi merakyatkan sentimen dan juga kesedaran tentang kemerdekaan serta pembentukan Malaysia dan ini harus digalakkan dan dilakukan secara berterusan, tidak semestinya pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Annuar Musa berkata, pembentukan majlis baharu itu dibuat berikutan industri perfileman dan muzik negara mengalami satu lonjakan baharu pasca pandemik COVID-19. - Gambar fail
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Jawatan Ketua Umum PKR dimansuh - Anwar
Pewujudan jawatan itu adalah hasil resolusi kongres tahunan parti pada 2007 kerana beliau tidak boleh menjadi presiden parti pada ketika itu.
Dr Mahathir pantas mulakan tugas pembersihan dalam pentadbiran
Beliau tanpa melengahkan masa mengambil langkah untuk membetulkan apa yang dianggapnya kepincangan dalam negara, mengadakan sidang media hampir setiap hari.
Zeti, Robert Kuok dan Hassan Merican, kenali tokoh Majlis Penasihat
Tun Mahathir mengumumkan Majlis Penasihat yang dianggotai Tun Daim, Tan Sri Zeti, Tan Sri Hassan, Tan Sri Robert Kuok dan Dr Jomo.